QR-code
saatjais's avatar

saatjais

Saya Haji Saat Jais telah berkecimpong di dalam bidang urut mengurut ini lebih daripada 20 tahun. Saya telah melakukannya secara sambilan di Hotel-hotel semenjak tahun 1985. Tahap kemahiran urut telah di turunkan oleh Arwah Datuk Saya. Pembelajaran Ilmu juga di dapati dari Guru-guru yang terkenal di Singapura, Malaysia dan juga Indonesia. Saya juga belajar kaedah urutan Kaki, Shiatsu (Urutan Cara Jepun) dan Tusuk Jari (Finger Pressure) - urutan Cara Bangsa Cina di dalam amalan urutan ini. Saya juga mendalami "Sports Massage" dan Urut Aroma. Metode yang saya gemari adalah Tradisional Jawa, begitulah juga dengan pelanggan-pelanggan Saya. Saya telah meraih banyak Ijazah-Ijazah dari Singapura, Malaysia, Australia dan juga Amerika Syarikat. Ijazah-Ijazah inilah yang membuktikan keunggulan dan kemahiran Saya. Syarikat Urut Saya "Treat & Cure Traditional Massage" No' Daftar 52873860K telah di daftarkan pada 14/8/1998. Buat masa ini Salon Saya terletak di 97 Lor 3 Toa Payoh #16-58 dan web. di www.treat-cure.com serta email sales@treat-cure.com